𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗟𝗜𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝘆𝗣𝗣𝗦𝗠) 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗣.𝟳.𝟮.𝟲: 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗬𝗧𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠

𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗟𝗜𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝘆𝗣𝗣𝗦𝗠) 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗣.𝟳.𝟮.𝟲: 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗬𝗧𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠


🔹 Sebagaimana ketetapan peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) [P.U.(A) 395/1993] dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.6 - Pemilikan dan Perisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam, setiap pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan perisytiharan harta yang dimiliki mengikut dasar yang sedang berkuat kuasa.


🔹 Jabatan ini telah menambah baik Ceraian UP.7.2.6 bagi menjelaskan dengan lebih terperinci berhubung tatacara perisytiharan harta oleh pegawai awam termasuklah pembelian dan pemilikan saham oleh pegawai awam. 


🔹 Langkah ini bertujuan memperkukuhkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam, di samping memastikan ia kekal relevan serta selaras dengan perubahan pasaran semasa serta evolusi instrumen pelaburan terkini dan keperluan semasa perkhidmatan awam.


🔹 Dalam hubungan ini, sukacita dimaklumkan bahawa MyPPSM Ceraian UP.1.2.6 versi baharu boleh diakses melalui portal MyPPSM mulai 16 Jun 2026.


Pautan: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-dan-pekeliling-perkhidmatan-sumber-manusia-myppsm-ceraian-up-7-2-6-pemilikan-dan-perisytiharan-harta-oleh-pegawai-awam







Sumber :

https://www.facebook.com/share/18q3vpwKod/ 

Post a Comment

Previous Post Next Post