𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛
🔸 Syarat kelayakan Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW) telah ditambah baik dan dikemas kini melalui Lampiran SR.8.1.2 (A67), Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Elaun Dalam Perkhidmatan Awam Versi 1.0 (2024).
🔸 Pindaan bagi penambahbaikan dan pengemaskinian syarat kelayakan BIPW adalah seperti mana dalam surat edaran.
🔸 Selain itu, penambahbaikan ini turut melibatkan pindaan pada Borang Permohonan Pemilihan BIPW/ ITP Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A67-2), Ceraian SR.8.
🔸 Pindaan-pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026. Dimohon untuk merujuk kepada Lampiran SR.8.1.2 (A67): Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah, Ceraian SR.8, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Elaun Dalam Perkhidmatan Awam yang dikemas kini di portal MyPPSM sebagai punca kuasa dan rujukan mulai daripada tarikh kuat kuasa pelaksanaan pindaan ini.
Sumber :
https://www.facebook.com/share/1PrNd1yFqe/

