𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜

𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜




Kerajaan amat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi perkhidmatan awam. Penekanan ini adalah selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32]. Selain itu, perkara ini turut diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam. 


Jabatan ini juga telah mengeluarkan Surat Edaran JPA.100-9/1/1 JLD.2 (80) bertarikh 29 Oktober 2025 berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan.


YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara Bilangan 1 Tahun 2026 pada 8 Julai 2026 telah memberikan penekanan terhadap perkara ini dan mengarahkan supaya bahasa Melayu perlu diutamakan secara mutlak dalam setiap pembentangan mahupun klip video rasmi, persembahan montaj, video korporat serta apa-apa bahan komunikasi bagi menyebarkan dasar-dasar Kerajaan.


Peningkatan langkah-langkah bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam pembentangan di mesyuarat-mesyuarat rasmi dan penganjuran program seperti latihan, seminar dan lain-lain.


Pengauditan dan pemantauan pemerkasaan bahasa Melayu di kementerian dan jabatan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan kepada arahan ini.


Surat Edaran ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.









Pautan: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-penekanan-penggunaan-bahasa-melayu-dalam-semua-urusan-rasmi



Sumber :

https://www.facebook.com/share/1L4wxoSGZM/


Post a Comment

Previous Post Next Post