Balai Polis Pagoh, Muar, Johor

INFO BALAI: BALAI POLIS PAGOH


Balai Polis Pagoh yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor telah dibina seawal tahun 1934.

Pada 1 November 2011, pentadbiran balai tersebut dipindahkan ke bangunan baharu yang serba moden, terletak bersebelahan dengan balai lama.

Walau bagaimanapun, bangunan lama balai masih kekal dipelihara dan dijadikan sebagai Memorial Polis Pagoh.

Balai Polis Pagoh mempunyai kawasan pentadbiran seluas 166.08 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 20,482 orang.

Balai Polis Pagoh yang diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor turut mempunyai 15 anggota pelbagai pangkat termasuk seorang pegawai awam.

Alamat balai: Balai Polis Pagoh, KM29, Jalan Pagoh/Muar, 84600 Muar, Johor.

Talian telefon: 06-9746222

Sumber :
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2654702941206663/


Post a Comment

Previous Post Next Post