Penangguhan Urusniaga ASB, ASN dan ASN Imbang 3 Global 2021
ASNB telah menyiarkan notis berkenaan penangguhan urusniaga akaun ASB, ASN dan ASN Imbang 3 Global.
Akaun ASB dan ASN akan ditangguhkan bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 dan akan dibuka semula pada 3 Januari 2022.
Akaun ASN Imbang 3 Global pula akan ditangguhkan bermula 29 Disember 2021 sehingga 3 Januari 2022 dan akan dibuka semula bermula 4 Januari 2022.
Penangguhan bayaran ini bagi memberi laluan kepada pengiraan dividen bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2021