Kalkulator Kelayakan Beli Kereta: Semak Model Mampu Milik (Edisi Tepat)
Gunakan kalkulator ini untuk menyemak kelayakan kereta berdasarkan formula kewangan selamat (Gaji Bersih x 12 Bulan). Sistem ini akan menapis model kereta yang harganya lebih rendah atau sama dengan bajet tahunan anda sahaja.
❓ Soalan Lazim (FAQ)
🔹 Kenapa bank luluskan loan lebih tinggi dari kalkulator ini?
Bank mengira berdasarkan DSR (Debt Service Ratio) untuk memastikan anda mampu bayar hutang. Tetapi kalkulator ini mengira berdasarkan "Kesihatan Kewangan" supaya anda masih ada duit lebih untuk makan, simpanan, dan kecemasan.
🔹 Wajib ke bayar deposit 10%?
Sangat digalakkan. Skim "Full Loan" (0% Deposit) akan menyebabkan bayaran bulanan anda menjadi lebih tinggi dan anda akan membayar lebih banyak faedah (interest) kepada bank.