Bagaimanakah rupa anak tapir ketika kecil?

Bagaimanakah rupa anak tapir ketika kecil?


[BERADEK DAN ADEK]

Ada yang rindukan Beradek dan Adek?

Perintah Kawalan Pergerakan telah masuk fasa ke-3. Walau bagaimanapun, frontliner Jabatan PERHILITAN terus menjalankan tugas-tugas mereka. Kebajikan hidupan liar harus dijaga. Pemberian makanan, rawatan dan pemantauan diteruskan, termasuklah anak-anak Tapir Malaya yang kita sayangi iaitu Beradek dan Adek.




Pada hari ini Beradek sudah berumur 5 bulan manakala Adek pula berumur 3 bulan. Istimewanya, Beradek dan Adek sudah bertukar warna serupa ibunya.

Mengikut kajian, anak Tapir Malaya dalam kurungan akan bertukar warna ke dewasa (hitam putih) apabila mencapai umur 3.5 – 4 bulan. Walau bagaimanapun, anak tapir di habitat liar akan bertukar warna lebih lewat iaitu sehingga 6 bulan.

Ramai yang tertanya-tanya mengapakah badan anak Tapir bercorak?
Ada yang boleh beri jawapan ke?

#WorldTapirDay2020Malaysia
#KamiJagaHidupanLiarUntukAnda

Sumber :
https://www.facebook.com/208535215826654/posts/3465639680116175/

Post a Comment

Previous Post Next Post