Panduan membaca label makanan dan minuman
Biasakan Baca LABEL Sebelum Beli⁉️
Kita sebagai pengguna harus bijak membuat keputusan semasa membeli-belah produk makanan dan minuman. Jadikan tabiat membaca label maklumat pemakanan sebagai amalan supaya kita TAHU apa yang terkandung dalam makanan dan minuman yang kita pilih.
Tip Pemilihan Produk Berdasarkan Label Bungkusan:
✅Gunakan Panel Maklumat Pemakanan untuk membantu anda membuat pilihan makanan.
✅Dapatkan maklumat tentang jumlah tenaga dan nutrien-nutrien lain yang terkandung di dalam produk yang ingin dibeli.
✅Pertimbangkan bagaimana nutrien yang terkandung dalam produk tersebut menyumbang kepada pengambilan nutrien harian.
✅Bandingkan kandungan kesemua nutrien pada label sesuatu produk daripada beberapa jenama dan bukan hanya menilai satu nutrien sahaja.
✅Gunakan akuan pemakanan (nutrition claims) secara bijak.
✅Perhatikan bahawa akuan fungsi nutrien tidak menunjukkan nutrien tersebut boleh menyembuhkan, mengubat atau melindung seseorang daripada penyakit.
✅Jangan lupa untuk menyemak ramuan atau bahan-bahan dalam produk tersebut. Senarai ramuan disusun mengikut berat dalam susunan menurun. Sebagai contoh, jika gula terletak pada kedudukan yang pertama dalam senarai ramuan, ini bermakna bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut adalah gula.
✅Pilih produk yang mengandungi Logo Pilihan Lebih Sihat atau Healthier Choice Logo (HCL) untuk kategori yang sama.
✅Selain menyemak harga, tarikh luput, status halal dan keadaan fizikal produk makanan dan minuman, jangan lupa untuk menyemak maklumat pemakanan yang terdapat pada bungkusan produk.
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4013394575353818&id=480136908679620